api dunia vs neraka

Bismillahirahmanirrahim...
seusai makan tengahari,terasa nak berblogging plak..
adam pun tengah tido..
so,bley la nak wat keje skit..
kalau si kecik tu da bangun,jangan arap ley mengadap depan lappy ni je..
abis berair keyboard ngan air liur dia..heh~


tengah2 check emel tu,tibe2 ternampak artikel ni..
so,sha nak share kat korang..
semoga kite same2 insaf dan memperingatkan diri masing2..


Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah Nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan Nabi Adam as. Maka Jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : Wahai Zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam as.

Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril : Sebesar kurma...

Zabaniah : Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril : Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun memerintah kan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan diatas sebuah bukit yg tinggi. tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini, spt api yg sering kita gunakan untuk berbagai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dan lain-lain lagi.

Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah terpaksa disejukkan dalam 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya..

masyaallah..dengan api dunia pun kite xtertahan..
apatah lagi dengan api neraka?
semestinye sakit peritnye xtergambar dengan kata2..
dengan siksaan yang diterima dalam neraka..
lagi la xmampu nak digambarkan dengan akal fikiran..
nauzubillah..
sebab tu kalau kite nak melakukan dosa,fikirkan azab yang bakal diterima ketika di neraka nanti..
bertahankah kita?
atau kite menjerit kesakitan mengharapkan belas ihsan orang len?
ketika tu,masing2 da xpedulikan orang len..
sume sibok menjaga diri masing2..
hanya Nabi Muhammad s.a.w je yang diberi shafaat untuk menolong umatnye..
itupun atas izin Allah s.w.t
tym tu,kite hanya arapkan baginda je untuk menolong kite..
ketika susah,barulah kite sedar dan menyesal yang selama ni kite xpernah nak mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dan suruhan baginda serta Allah..
kite lalai dengan dunia yang xmenjanjikan sebarang kesenangan ketika di akhirat nanti..
terlalu mengejar dunia sehingga kite bimbang dan gusar untuk meninggalkannye satu ari nanti..
sedangkan sepatotnye dengan mati,kite gembira untuk bertemu Ilahi..
hanya itu satu2nye jalan untuk menemuiNya..
bukankah itu petanda ati telah mati?


janganlah kite menjadi orang yang paling menyesal ketika di akhirat nanti..
segala2nye tidak berguna lagi..
so,di dunia lah kite perlu untuk mengumpul amalan2 sebagai bekalan untuk menuju akhirat..
dan menikmati kehidupan abadi di syurga nan indah..
must always remember-dunia sebagai persinggahan..dan akhirat merupakan destinasi utama..

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers