Part 1 dan Part 2 di Advance Vision

Assalamualaikum readerssss!

Kalau cerita Advance Vision rasanya ramai dah tau pasal klinik ni kan. Memang terkenal dengan 'kemurahan' servis dia untuk sape2 yang berminat untuk buat lasek mata. Macam sha, sebelum ni, sha dah pergi untuk buat Part 1 masa Oktober 2015. Then, dapat tau kena charge bahagian customize yang berharga RM5888 untuk both eyes, terus pikir postpone jelah. Tunggu next year (time tu 2015) ingat nak buat. Tup Tup 2016 sha planning nak kahwin lepas sampai seru dah postpone lagi nak buat lasik.. Cewahhh..

Firstly nak cerita sikit, Advance Vision dah pindah tempat baru yang lebih besar compare to yang lama. dan of course, orang pun bertambah-tambah ramai kalau nak compare yang lama dulu. Then, pakej yang ada kat sini, kalau mata korang memang normal means tak ada masalah dari segi power tinggi (selalunya 600 above), ketebalan tissue kornea dan sebagainya, korang boleh pakej RM 2888 je untuk both eyes sekali dengan ubat-ubatan. Kalau tak, bye2 la korang, kena ambik yang pakej RM 5888 for customize. Selalunya yang kena customize ni memang ada masalah sikit la mata dia. Macam sha, sebelah mata boleh amik yang standard, yang sebelah lagi, kena customize. Huwaaa.. Sayang giler. Tapi nak buat camne. Redha jelaaa. Sha kena customize disebabkan mata kanan power terlalu tinggi 625 dan silau dah mencecah 400. Mata kiri dalam 500 camtu, dan silau pun below 200. Yang ni tak ada masalah.

First time pergi korang, akan melalui 1st part. Time ni dia akan check mata semua, tak silap ada 4 bilik kena masuk dan sekejap2 je. Tak terlalu lama pun. Lupa nak cerita, masa tahun 2015, sha decide nak hold kejap since terkejut bila kena RM 5888 tu. Sha agak2 kena yang RM 2888 tu. So dia punya kecewa tu tak yah cakapla. Then, berazam dalam hati, nak datang next time bila duit dah cukup. Paham2 jela time tu student u, jimat2 pakai duit PTPTN sambil meniaga teddy bear online. Akhirnya, duit tu dah guna untuk kahwin plak. Sekarang, bila dah graduate, rezeki sha terus dapat kerja, struggle kumpul duit gaji bulan2, plus husben bagi sikit2 boleh la menyimpan. Tu yang bila datang Advance Vision semula, semua staf duk tanya kenapa lepas 2 tahun baru datang semula. Sebenarnya time puasa hari tu, sha pergi yang UIA Eye specialist. Bila dipikirkan bajet ulang-alik,stay semua dan kos follow up lepas operation, ditambah lagi dengan ada benda yang jadi kat situ, sha pun decide buat jela dekat Advance Vision. Jimat sikit. Lagipun Advance Vision ada lifetime warranty tau kalau nak compare dekat UIA Eye Specialist. Means kalau beberapa tahun kemudian, mata korang rabun semula, boleh buat datang semula sekiranya mata korang selamat lagi untuk dilasekkan dan juga TANPA sebarang kos.

Tym 1st part ni korang akan dapat di'consult' keadaan mata korang camne, cara lasek tu akan dijalankan camne, dan sekiranya mata korang sesuai untuk dilasekkan, korang akan diberitahu kena pakej yang mana, customize RM 5888 atau standard RM 2888. Sekarang ada teknologi terbaru iaitu TransPRK. Selain Lasik dan Lasek. Ada perbezaan ye. Kalau transPRK, memang cepat je masa kena laser tu. Dalam 1-2 minit sebelah. Compare to Lasek yang memakan masa sebelah mata je 5-6 minit. Kalau lasek masa penyembuhan mata lebih cepat berbanding transPRK. Time Part 2 nanti korang boleh decide nak pakai TransPRK atau Lasek. Mostly consultant akan suggest transPRK sebab less risk. Kalau korang decide nak lasek, mintak2 time dia flap mata korang tu xada masalah. Kalau tak, korang kena 3 bulan lagi untuk proceed dengan Lasik pulak. (nak tau detail beza Lasek, Lasik dan TransPRK boleh google2 ye).

Baru2 ni beberapa hari sebelum raya tu sha cepat2 call Advance Vision nak buat 1st part balik disebabkan 2 tahun last appointment dengan diorang. So takutlah jadi apa2 ke kan. Dapatlah appointment masa Hari raya ke 6 masa hari Jumaat. Time tu sha dengan husben je ada. Receptionist tu kata, doktor xde, that is why tak ada orang n xde surgery time tu. Dalam setengah jam je setel. Terus book for 2nd part appointment which is 2 weeks after that. Then dia cakap, kalau 2nd part xde masalah, sha boleh buat surgery paling cepat 21/7 ni. So, semangat memang berkobar-kobar nak buat cepat sebab bulan 9 sha nak pergi Pulau Tioman dan bulan 10 nak pergi pulau2 dekat Sabah. Tak sabar nak snorkeling!

Part 1 boleh buat appointment hari apa pun 7 hari seminggu, boleh pilih hari apa2 pun. For 2nd part, boleh pilih, hari apa2 selain Jumaat. Sebab Jumaat dikhaskan untuk surgery. Korang dah boleh planning tarikh kalau interested nak buat kat sini.

Untuk 2nd part, sha mintak tarikh hari Sabtu. Time tu memang ramai. Yang baru lepas buat transPRK semalam, datang untuk follow up keesokan harinya. Rasa menyesal mintak appointment hari sabtu. Tapi nak buat camne, hari lain kerja. Lepas bagi ic dekat counter, tunggu nama kena panggil untuk letak ubat dilate. Mula2 kena titis ubat pukul 9 pagi. Lepas nama sha kena panggil. Time kena titis ubat tu pedih skit2, then rasa macam mata kena selaput dengan gam. Kejap je. Tunggu turn lagi, nama kena panggil, dia titis lagi ubat cam eyemo tu, pedih jugak n satu lagi ubat warna kuning. Time kena titis tu memang vision jadi kuning kejap. Pastu ok semula. Lepas titis ubat2 tu memang sha tak pakai spek. Bila pakai je pening sebab rasa power spek tu tinggi. Tunggu lagi sebelum jumpa dengan Dr Yeoh untuk check bebola mata. Yang ni memang cepat je. Dr Yeoh akan check bebola mata kita, suruh pandang keliling sambil suluh mata kita. Dia tengok keadaan bebola mata kita. Sebelum tu dia buat consultation sekejap. Ulang balik apa consultant cakap. Memang laju giler dia cakap sebab dia banyak lagi patient duk tunggu. Time ni nak tanya pape, tanya jela. Sha tak tanya banyak sebab dah cukup jelas time consultation tu tanya dah banyak2 sampai puas hati :P

Lepas keluar dari bilik,kena titis ubat lagi. Then, staf akan tanya tarikh bila nak buat. Sha decide untuk buat paling cepat iaitu 2 minggu selepas tu. Sebab selama 3 minggu mata tak boleh kena air dan tak digalakkan terlalu terdedah dengan cahaya matahari. Lepas tolak tambah pikir2 banyak kali, sha pun decide pilih tarikh 21/7 jumaat untuk proceed surgery. Tym ni consultant akan tanya, sama ada nak buat TransPRK atau Lasik. Sha pun decide untuk buat transPRK sebab less risk walaupun lambat baik berbanding Lasik. So, bayar RM 400 untuk book date. Bagi sesiapa yang memang pemakai contact lens, dinasihatkan dah tau nak buat surgery, xpayahla pakai lagi dah sebab contact lens sometimes contain virus dan akan bagi effect kat mata. At least one week before surgery memang diharamkan penggunaan contact lens. Nanti dia akan bagi 1 kertas untuk sign. Dalam tu ada terma, if nak cancel camne, kalau nak postpone camne. Ada terms berapa hari kena inform diorang kalau xnak deposit burn. Doakan lah segala urusan sha untuk Part 3 berjalan lancar ye. Rasa xsabar nak tengok dunia tanpa ada bantuan lagi. Since dari kecik memang berkaca mata. Hopefully 2nd chance yang Tuhan bagi ni takkan disia-siakan lagi. :)




HIV test untuk bakal pengantin

Assalamualaikum semuaaaa..

Hampir setahun menghilang,kini muncul semula. Kejap timbul kejap tenggelam ye dok?
Sekarang, alhamdulillah sha dah selamat menjadi isteri kepada seorang lelaki yg penyayang dan bertanggungjawab. Yang penting, orang yang sha dah lama simpan perasaan dari dulu lagi. HEHE

So, sekarang ni sha nak share sikit persiapan2 sebelum korang menjadi raja dan permaisuri sehari. Kompem memang banyak kerja dan meletihkan. Butttt, planning time tu memang kena betul. Kalau tak, korang akan super-duper bizi gilosss.

Firstly, yang paling penting, korang kena gi buat test HIV. Sangat2 penting! HIV test boleh dibuat dekat mana2 negeri melainkan sape yang asal kelantan, wajib buat dekat kelantan ye kawan2. Penduduk negeri-negeri lain tak de masalah nak buat kat tempat lain ye. Macam sha, memang duduk klang, ada klinik kesihatan dekat area opis ni, so buat dekat sini je. Tak yah susah2. Macam husband orang kelantan, nak tak nak dia terpaksa balik kelantan baru boleh buat. Nasibla kan. So mentang-mentang bos sha pergi oversea seminggu + date nak kahwin tu makin dekat, sha ambil peluang ni cepat2 pergi buat. Cakap dengan anak bos nak rehat lambat dan guna time lunch tu pegi buat test HIV. Mintak izin cakap awal-awal takut dia pikir bukan-bukan pulak sha menghilang ke mana kejap. Hehe. Dalam pukul 1.15 petang macam tu, sha cepat2 pecut pergi ke Klinik Kesihatan Bandar Botanik bersebelahan GM klang. Fuhhh..selama ni tak pernah perasan pun kewujudan Klinik Kesihatan ni walaupun duk ulang-alik pegi GM. Nampak sangat jenis tak cakna. =.='

Mula-mula of course pergi kaunter pendaftaran. Cakaplah yang korang ni nak buat test HIV untuk bakal berkahwin. Then, dia akan bagi beberapa borang untuk diisi dan survey sedikit mengenai tahap emosi dan kesihatan. Memang jenuh duk isi banyak kali biodata diri. Siap2 lah bawak pen ye sebab semua klinik kesihatan tak provide pen. Okies. Lupa nak bagitau, sha sampai dekat klinik tu dalam pukul 1.30 petang. Beratur tak panjang mana, dia bagi borang, isi dulu then beratur balik nak ambil no giliran dan serahkan borang2 korang tu tadi.

Dah ambil no giliran, korang kena tunggu lagi. Tunggu nama kena panggil untuk diorang serahkan borang2 tu balik dan bayar lah RM1. Terus pergi ke bahagian makmal dan letak segala borang kat dalam bakul yang dah disediakan. Tak perlu ambil no lagi walaupun dia tulis kena ambil no. Sebabnya korang dah ada no pun. Tunggu lah lagi no korang dipanggil untuk kena cucuk dekat hujung jari. Rasa ngeri jugak bila orang lab tu sedut2 darah korang masuk tiub kecik tu. Nampak lah darah korang pekat ke cair. Hehe. Proses ni takes time about 5 minutes camtu je. Korang kena tunggu lagi sebelum result keluar. Dah keluar result, korang tak boleh balik lagi tau. Kena terus pergi bilik 12 untuk check up kesihatan pulak.

Terus je drop borang tadi tu kat dalam bilik nurse. Diorang dah tau kalau orang masuk mesti nak submit borang atau check up. Then, korang kena tunggu lagi sampai lah no kena panggil untuk pemeriksaan suhu dan tekanan darah. Yang ni nurse je buat. Pastu korang kena tunggu balik untuk berjumpa dengan doktor. Doktor tadi acah2 buat saspen cakap nak tau result tak? Sha cakap dah tau. Then dia inform dekat korang yang HIV test tu negatif. If positive, korang kena pergi kaunseling untuk khidmat nasihat.

Total keseluruhan masa adalah lebih 1 jam. Almost 2 jam jugak complete semua.

P/S : Tak ada apa nak risau..cuma perlu bersiap mental kena tunggu lama jela...



























Hai semuaaaa

Assalamualaikum semuaaaa

hailaaa
rindu giler dengan blog sendiriii..haha
setelah beberapa tahun (almost 3 years after finished my study in foundation) menghilangkan diri akhirnya sha muncul balik..ni pun lepas baca komen2 bloggers yang still aktif komen kat blog sha eventhough sha dah lama sangat200x tak update..
bertahun2 kot sha membina kerjaya dan cita-cita (actually xberjaya lagi pun..huhu) sebelum decide nak menaip semula.. :)

in shaa allah sha try give a lot of information apa yang sha dapat dalam kehidupan seharian..n i know, everthing sekarang kat hujung jari je..semua nak carik maklumat apa2 hujung jari kan..
hopefully apa yang sha lalui,sha akan share sama2..dan korang pun dialu-alukan untuk share anything kat blog sha..kita sama-sama share hokayyy!

sedikit description apa yang dah jadi kat sha selama ni..hihi
now, working as Admin Executive at one of chemical company..
currently, further my study at UKM in DAIJ (Diploma bagi sapa2 yang berniat untuk jadi peguam atau pegawai syariah..doakan berjaya!) selama 2 tahun..
still alone n not married yet..haha

Ok..dah..cukup..
next entry kita berkenalan lebih-lebih lagi yee..

p/s : cepatnya masa berlalu....



x_96f4529

Ramadhan Giveaway by ZZ

Bismillahirrahmanirrahim...


sape2 yang berkelapangan,sementara nak tunggu waktu berbuka ke ape..
meh join ramadhan giveaway ni..
kot2 ade rezeki korang..disamping tu boleh kita menambah kawan2.. :)

Hadiah untuk pemenang: 
 Pemenang Pertama: Baju Muslimah (RM55-RM60) 
Pemenang Kedua: Tudung Awning (RM45-RM50) 
Pemenang Ketiga: Shawl atau Tudung Bawal (RM35-RM40) 
 Pemenang Keempat: Shawl atau Tudung Bawal (RM25-RM30) 
 Pemenang Kelima: Shawl atau Tudung Bawal (RM15-RM20) 
5 pemenang saguhati: Topup bernilai RM10 

Giveaway ini berlangsung dari 12 Julai 2013 sehingga 30 Julai 2013 
 Pemenang akan diumumkan pada 31 Julai.

Titah Tuan Puteri : hari ramadhan ke-4..moga bertambah keimanan kepadaNya..
  x_96f4529

One Woman Can Beauty Contest - Mary Kay

Bismillahirrahmanirrahim...

As-Salam

Attention ! Attention ! Attention !
Attention to beautiful blogger ! 



Sempena ulangtahun yang ke-50 Mary Kay, pihak Mary Kay telah menganjurkan contest yang bertajuk "One Women Can" Beauty Contest untuk wanita-wanita kat Malaysia ni..

So blogger perempuan boleh join contest ini.
Cungkilkan bakat dan kebolehan anda dengan menyertai "One Women Can" Beauty Contest ini !

Macam mana nak join?

Rebut peluang anda memenangi 1 x Mini Targeted Action Body Lotion and Mini Hand Cream in mesh bag & 1 x Nourishine Plus Lip Gloss bila anda membuat entry tentang contest ni.


atau

Anda kena buat 1 post berkenaan hebahan tentang "One Women Can" Beauty Contest ini,

- 10 post yang kreatif dan terbaik akan memenangi Produk Mary Kat bernilai RM1000
- 2 blog post yang terbaik dan kreatif akan dipilih untuk memenangi percutian ke Hong Kong
(3hari 2malam) bersama pemenang-pemenang akhir acara ini.

atau

Anda boleh mengikuti make over percuma bersama perunding kecantikan yang dilantik di setiap negeri yang terpilih dan menyertai peraduan kecantikan dan rebut peluang menjadi wajah Mary Kay
di Hong Kong !!

p/s : Rugi tak join ! Cubalah.. Rezeki

Segmen akan tamat pada pukul 12 tengah hari, 21 Mei :)

Titah Tuan Puteri : sape2 tak de keje tu,meh join..kot2 ade rezeki.. (^^)



x_96f4529

Moh shopping di Zalora Malaysia!

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari tu baru dapat baucer RM50 dari Zalora Malaysia..bez kot..sape nak bagi free2 je RM50..bak kata orang,rezeki jangan ditolak..haha..ape lagi,lepas dapat baucer,terus duk shopping kat Zalora..mulalah rambang mata..sume lawa..selama ni bukak,tengok2 camtu la..niat dihati memang nak beli..tunggu mase je nak rembat something..hehe..dah alang2 dapat ni,ape lagi,rembat la kasut sepasang.. :)

nak tengok tak kasut yang sha beli?

taraaa..ni dia!
Raya tahun ni nak pakai baju oren,tu yang pilih kasut oren jugak :)

Oren nya Mak Long!
peminat tegar high heels n wedges. :P

Ade corak macam ular sawa kat tumit kasut tu
harga kasut ni : RM 70 :)

apa yang korang kena tau pasal Zalora ni :

-harga memang sangat300x berbaloi n affordable.
-kualiti dia sangat bez.
-penghantaran cepat n korang xyah nak tunggu lama2 sampai berminggu2..sha buat order petang rabu 15/5, barang da sampai masa hari khamis 16/5.sha peminat tegar beli secara on9,so,setakat ni,sha rase servis Zalora adalah yang terbaik sebab xyah nak tunggu lama.Esok nak pakai,hari ni boleh je order!
-sape2 yang suka barang2 branded,korang boleh je cari kat Zalora.Macam2 brand ade termasuk First Lady
-Zalora bukan sahaja menjual kasut,handbag,n aksesori je,tapi ade jugak menjual baju2 rekaan Rizalman dari First Lady n also shawl.sangat exclusive tau!
-setakat ni,sha rase penghantaran Zalora adalah yang paling rendah-RM5.Kalau online seller lain,paling murah pun RM6-RM8.
-Zalora pun boleh buat COD (Cash On Delivery) jugak.
-yang paling bez,sape2 yang beli lebih daripada RM75,postage FREE.da dapat jimat RM5.
-once korang sign up for newsletter,korang akan dapat baucer RM20.
-kesimpulannya,memang xmenyesal beli ngan Zalora.Berbaloi-baloi!!! 

Titah Tuan Puteri : Jom shopping rayaaaaaa!!!! :)

x_96f4529

sem 4

Bismillahirrahmanirrahim..

hampir 4 bulan menghilangkan diri..bukan ape,kesibukan sem lepas menyebabkan sha xde mase nak berblogging..pelajaran tu lebih penting dari berblogging..blog ni sebagai sampingan je..saje suka2.. (^_^)

sedar tak sedar da hampir 3 tahun sha 'bertapa' kat bumi USIM ni..macam2 pengalaman..pahit manis kelat sume ade..bile degree,kehidupan semakin mencabar..sha dapat rasekan tu sume..mase sem 1 n 2 boleh la kate subjek agak senang..bile masuk sem 3,terasa cabaran tu semakin hebat..tengok subjek je rase nak pitam..sem ni,sha amik 21 jam kredit dengan 8 subjek..banyak tak?haha..rase2 nye u lain tak macam ni kot..selalu belas2 je..kitorang dapat belasan kredit bile da sem akhir je..sedey tak? T_T

yang paling best,sem ni kitorang banyak belajar ilmu perkahwinan..hehe..semangat skit la..tengok cam senang je..tapi bile belajar,agak 'mencabar'..sebab bukan belajar basic je..tapi lebih mendalam..ni subjek2 yang sha akan belajar : ~

fiqh munakahat
Family Law (Law of marriage)
Civil procedure in Syariah Court
Qawaid Fiqhiyyah
Mabahith Adillah Ahkam
Pengajian Malaysia
Pemikiran kreatif dan Penyelesaian Masalah
Akhlak dan Tasawwuf

doa2 kan lah untuk sem ni sha dapat tempuh dengan tenang..ilmu yang sha dapat nanti,in shaa Allah sha akan kongsi kan kat sini ye..

Titah Tuan Puteri : moga ilmu yang kite perolehi dapat membawa kite menuju ke syurga Ilahi.. :)
x_96f4529

Tak perlu kata apa2 #8

sape tau maksudnye?nak bagi adiah ni.. XD

TItah Tuan Puteri : tak nak balik Nilai lagi~ T_T
x_96f4529

cabaran

Bismillahirrahmanirrahim..

sedar tak sedar,malam ni da masuk malam ke-25 ramadhan..sedey + sayu rase ati ni sebab ramadhan nak pergi meninggalkan kite..xtau lagi same ade ramadhan akan datang kite dapat berjumpe lagi atau tak..arap2 di panjangkan umo supaya kite dapat mengejar pahala yang berlipat kali ganda di bulan barakah ni.. T_T

lepas sha berbuka tadi,sha layan cite 'kau yang terindah' kat tv3 tu..saje2 je layan kejap sementara nak tunggu makanan dalam perut ni hadam seketika.. XD bagi sha,cite tu ok je..sha minat tengok cite melayu..sangat minat!tapi sha sedey bile pengarah2 cite sekarang ni,banyak memaparkan kisah anak melayu yang negatif..yup..memang realiti masyarakat kite macam tu..sebenarnye kite boleh berdakwah melalui media..cube banyakkan cite2 yang berbentuk islamik..dalam mase yang same,sedikit sebanyak dapat menpengaruhi minda masyarakat untuk berubah..ni asyik tunjuk yang negatif je..melawan ibu bapa,mengandung anak luar nikah,cintan-cintun..oh nooo...asyik benda tu je..macam mengajar masyarakat pun ade gak kalau wat cite macam tu.. =.='

sape kate cite2 yang berunsur islamik xditerima masyarakat?cite ayat-ayat cinta tu ramai je yang suke..bley feeling2 gak sampai mengalir air mata (part nak suh Fahri kawin lagi satu..hehehehe)..cube buat satu cite yang boleh menunjukkan Islam ni sangatlah indah sampai orang terpengaruh nak jadi baik..wat mase sekarang,sha memang tabik springgg kat cite2 islamik indon..diorang memang pandai wat cite islamik..cite tu logik n betul2 islamik..macam care pemakaian,bacaan Al-quran..memang rase betol2 real..xde lakonan..

sampai sekarang sha mengharapkan anak melayu tempatan dapat menghasilkan cite yang bermutu tinggi..arap2 ade la nanti kan.. :)

Titah Tuan Puteri : bley tak nak jadi watak heroin dalam cite islamik tu nanti?mau hancur cite tu..hahaha XD
x_96f4529

think before act

Bismillahirrahmanirrahim..

sebelum tu,sha nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh muslimin n muslimat,xkirelah korang ade kat mane ye..sape2 yang duk jauh tu,xley nak berbuka pose same2 dengan family,janganlah sedey plak ye.. ^^

isu terkini yang sedang hangat dibualkan orang ialah ...... xlain n xbukan pasal pelajar sekolah dibenarkan untuk bawak henpon ke sekolah..erkkkk..sha nak ulas serba-sedikit pasal isu ni..n ini adalah pendapat peribadi sha sebagai seorang student jugak.. :)

banyak feedback negatif n positif yang sha bace kat forum bile isu ni diberitahu..tapi mostly parenz kurang bersetuju bile student dibenarkan untuk bawak henpon..tu golongan parenz,bagi golongan remaja macam sha plak,ramai yang kate makin risau sebab gejala cinta monyet akan makin menjadi2 nanti..(xnafikan) =.='

bagi sha,setiap benda ade pro n kontranye..tapi kalau lebih banyak buruknye,lebih baik kite jauhkan..dalam Islam sendiri pun da ajar benda2 camni..sha bukan nak condemn ke ape..but personally,henpon tu xmendatangkan sebarang manfaat pun untuk student skolah sebenarnye..

kalau parenz kate,ade henpon bley kawal pergerakan anak kat mane2..tapi jujur ke diorang bagitau kalau ade henpon kat tangan diorang?..mulut n perbuatan xsemestinye same..benda ni sume akan mendatangkan masalah kat banyak pihak..especially cikgu..cikgu dah banyak tanggungjawab nak digalas..ni nak pikir plak kalau henpon atau ipad atau seumpamanye ilang?da jadi satu masalah len nak wat spotcheck..bile gajet2 tu ilang,parenz mesti salahkan pihak sekolah..cikgu ade banyak lagi keje yang lebih penting nak diutamakan..dengan sikap2 pelajar lagi..sha bukanlah seorang guru..tapi sha ade ramai kawan yang jadi guru..so,i know ape yang diorang rasekan bile tiap kali diorang bercerita pasal sikap student..

semalam secara xsengaja,sha ternampak status kat fb,ade sorang student ni tengah cari maklumat pasal cikgu dia..n nak hack akaun cikgu dia..kire nak wat jahat lah kat cikgu dia..sebab ape??sebab cikgu dia rampas henpon n memory card tym kat skolah..punyelah dia berdendam sampaikan terpikir nak menyusahkan cikgu dia senyap2..dia takot cikgu dia check dalam henpon n memory card tu sebab ade gambar awek dia..see..tu baru sorang..kalau 20?30?40 student yang wat benda xbaik kat cikgu dia,selamatkah cikgu tu lagi?pikir2 kanlah..

for student yang kurang berkemampuan,mesti diorang akan mendesak parenz diorang untuk belikan henpon yang mahal2 n tablet bile tengok kawan2 duk tayang dalam kelas..jiwa seorang remaja,sentiasa nak berlumba n tayang sape lagi ebat..indirectly benda2 ni akan membebankan parenz nak penuhi kehendak anak2(bukan lagi keperluan) n terpaksa spend beberapa puluh ringgit untuk topup anak2..tu kalau ade sorang anak xpe..kalau ade ramai,camne plak??

yang paling parah bile kes cintan-cintun akan semakin berleluasa..percayalah..sekarang henpon xley bawak gi skolah pun,budak kemain lagi bile duk umah bermesej 'mama papa' 'bi baby'..nak2 yang paling islamik, 'umi abi'..budak2 sekolah pun da pandai benda2 camni..tym zaman sha dulu,kitorang xpernah tau camne nak ber'cintan-cintun' sampailah masuk u..xpernah kuar topik pasal 'suke mamat tu or couple dengan minah tu' tym skolah rendah dulu.. =.='

sha kate sume ni bukan sebab sha jeles zaman sha dulu xley bawak henpon..tapi sha lebih memikirkan rasionalkah tindakan tu dibuat untuk remaja yang baru nak membesar ni?kalau dalam paper kate,ramai parenz yang anta surat suh benarkan student bawak henpon gi skolah,berapa ramai parenz tu?sampai ke 3/4 parenz di Malaysia ni yang ade hasrat camtu?bezakanlah keperluan dan kehendak..ape2pun,pikir dulu sebelum bertindak..kelak,takot akhirnye sume akan memakan diri semula..

Titah Tuan Puteri : orang zaman dulu xde henpon gi skolah,bley je idup~ :)
lepas ni,lawyer dapat banyak kes melibatkan anak guaman yang masih bersekolah lagi..hehe
x_96f4529

exam second sem

Bismillahirrahmanirrahim..

sha nak ucapkan selamat menduduki dan menjawab kertas peperiksaan for those yang tengah exam n bakal exam macam sha..hehe

tengah2 study week ni sempat plak nak update blog kan..ni pun gara2 da bosan mengadap buku siang n malam..(kononnye~)..huhu..nak release tension jap melawat blog2 orang len..da lame sangat xblogwalking..

pesanan sha kepada sume student yang sedang exam, (bajet macam lecturer) banyak dekatkan diri dengan Allah taala..selalu berdoa agar dipermudahkan urusan dan ape yang nak diingat,tu la yang masuk dalam exam..jangan doa ape yang bace masuk exam..xsemestinye ape yang kite bace tu kite akan ingat kan..so,ape2 pun,lepas kite berusaha,kepada Allah la kite bertawakal..

lagi satu,niat belajar kerana Allah..bukan kerana nak dapat pointer tinggi atau dekan semata..kalau belajar kerana nak dapat dekan,sia2 la kite belajar..sebab redha Allah xde pun kat situ..that's why bile kite da abis exam,kite xingat dah ape yang kite da belajar selama ni..len rasenye bile kite niat belajar kerana Allah..biar pun,result kite xberapa nak bez..tapi bile orang tanye,kite mampu jawab sebab sumenye ade dalam dada..
bak kate pepatah arab,"al-ilmu fis sudur..laisa fil kutub"..means ilmu tu dalam dada..bukan dalam buku..

renung-renungkanlah..adakah selama ni kite belajar berniat kerana Allah ataupun duniawi semata-mata?

Titah Tuan Puteri : Niat adalah asas kepada sesuatu perbuatan.. :)
x_96f4529

teddy bear gergasi

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..kite masih lagi bernafas kat muke bumi Allah ni kan..
selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

rase macam da berbulan rasenye xmenjenguk blog sendiri..blogwalking ape tah lagi..
sha memang xde mase nak mengupdate..nak pergi melawat blog orang lagi la x..
kadang2 je blogwalking..itupun datang mood rajin..xpun,bosan xde keje..
but now,sha memang betol2 bizi..lagi2 bile nak final exam ni..
cepat je kan mase berlalu..sedar2 je nak abis sem dah..huhu

ok..sebenarnye sha nak promot online bisnes sha..hehe
sape2 yang pening2 n xtau nak beli hadiah untuk kawan2 ke..bufday anak buah ke..atau sape2 yang da berkahwin,nak belikan hadiah untuk anak2 atau wife pun boleh..
sha ade jual teddy bear pelbagai saiz..
n setakat ni,sha menjual paling murah sekali untuk super big teddy bear..
xpercaya?korang ley survey sendiri kat harga pasaran atau online bisnes yang len..
wat mase sekarang ni,sha cume amik stok dalam 6,7 teddy bear je untuk satu2 mase..
so,kalau korang nak cepat,korang kena la beli cepat2..
jangan sampai stok abis..
kalau x,kenalah tunggu dalam 2,3 minggu untuk tunggu stok baru sampai..
korang nak tengok x besar mane teddy bear tu?
meh sini!




gambaran serba-sedikit teddy bear sha tu..
sebenarnye,nak photoshoot gambar teddy bear tu ngan sha..tapi xsempat memandang bizi je memanjang..huhu
ade 3 colour teddy bear ni..
tapi yang paling laris orang beli,warna dark brown n light brown..
mungkin orang takot,kalau kotor xnampak sangat..
actually xdela kotor pun..sebab ade kawan hadiah kan kat sha dulu teddy bear lebih kurang camni da hampir 4 tahun,but xde kotor pun..warna still macam dulu..hehe
siyesly,sebagai perempuan,sha sangat gembira bile dapat teddy bear sebagai hadiah..
tapi bile da banyak,xterlarat nak peluk.. =.='
korang lepas ni,xpayah lagi pening2 nak beli hadiah..
xpun,nak wat koleksi peribadi pun boleh..
cume pilih,bayar n kitorang akan hantar via pos..
xsusah pun kan?betol x?hehe
setakat ni,pada sha,ade saiz 1.4m colour light brown..tu pun ade 2 je..
stok yang len,on the way nak sampai..
sape yang berminat,ley contact sha k..
kalau nak tau lebih detail,ley gi kat page sha>>>Risya Gift
kalau da alang2 pegi tu,jangan lupe like plak ye.. :)

ceriakan harimu dengan super big teddy bear! (^_^) (iklan jap)

Titah Tuan Puteri : online bisnes keje part tym..hek3~
x_96f4529

Segmen : PENCARIAN BLOGGER SELURUH DUNIA!!


Nama blog : Hidup adalah anugerah
Url blog     : http://puterishafieza.blogspot.com

jom join segmen ni..pukul 12 malam ni da tutup..meh join cepat2! :)

titah Tuan Puteri : tibe2 terasa rajin nak join segmen.. XD
x_96f4529

camne nak potong kuku?

Bismillahirrahmanirrahim..

lame betol xupdate blog..kebizian yang melampau-lampau dengan esaimen yang makin bertimbun + kelas malam hampir setiap ari + bizi cari umah sewa for the next sem..fuhhh!tu la student's life..bile berjuang memerlukan pengorbanan..sabar jela..sumorang mengalami benda yang same..yang penting,jangan pernah berputus asa untuk mencari mardhatillah..yeah!

arini sha nak share satu ilmu kat korang..pasal ape?cube teka..cepat..cepat..teka..huhu..sha nak share something that related to us..sape yang xde kuku kat sini?sume ade kuku kan..even zombie pun ade kuku..panjang plak tu..hoho~ :P

quote from Imam Malik "Disunnahkan bagi perempuan, memotong kuku dan mencukur bulu kemaluan, sebagaimana kedua-duanye juga disunnahkan bagi lelaki"so,dah jelas2 memotong kuku dan mencukur bulu tu adalah SUNNAH..senang kan nak dapat pahala sunnah.. :)

sekarang,sha nak ajar plak cara untuk memotong kuku mengikut sunnah Nabi SAW..
Imam Asy-Syaukani berkata dalam Nail Al-Authar(1/143), "Imam Nawawi berkata,disunnahkan untuk memulakkannya daripada kedua-dua tangan sebelum kuku kaki.Maka hendaklah dia memulakannya dengan kuku tangan kanan,dimulakan dengan jari telunjuknya,lalu jari tengahnya,kemudian jari manis,kemudian kelingking dan yang terakhir adalah ibu jari.lalu dia memotong kuku tangan kirinya dengan memulakannyadaripada kelingking,lalu jari manis,diikuti dengan jari tengah,jari telunjuk dan kemudian ibu jari."

untuk kaki plak,mula kuku jari kelingking daripada kaki kanan and laz sekali kuku jari kelingking daripada kaki kiri..xpaham sangat?sha tunjukkan gambarannye..

da tau kan?senang je nak ingat n follow kan? :)

tau x berapa lame had mase untuk kite potong kuku?
Dari Anas bin Malik bermaksud:Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).
hanya 40 hari je ye kawan-kawan..take note this..penting tau..sometymes bile kite bz sangat,kite xsedar pun nak wat benda2 tu sume..huhu

then,trend orang zaman sekarang,iaitu bela kuku panjang2..bela kuku panjang ni sebenarnye perbuatan yang menyerupai ahli kitab dan orang musyrik..nauzubillah..

so,sekarang da tau kan serba-sedikit pasal potong kuku ni kan?pasni kite beramal dengan sunnah ye..jom kite hidupkan sunnah insan kesayangan kite,Nabi Muhammad SAW..kate sayang Nabi kan? :)

credit to : buku Tafsir wanita dalam Al-Quran

titah Tuan Puteri : selawatlah selalu ke atas Nabi SAW tanda kecintaan kepada Baginda.. :)
x_96f4529

fifa 2012

Bismillahirrahmanirrahim..

Bukan sha nak bercerita tentang bola ye..fifa tu adalah singkatan bagi kos Fiqh dan Fatwa..gempak kan name ni?haha..xtaula sape yang pandai2 reka singkatan tuk kos kitorang ni.. =.='

alhamdulillah..da sebulan sha menyambung kembali pengajian di sem 2..dalam kos yang same..u yang same..(skema jap..huhu)..banyak dugaan yang harus ditempuh sepanjang sem ni..jujur sha katekan,mule2 rase macam nak nangis,fedup n macam2 lagi..tapi bile memikirkan,tu la dunia sebagai seorang pelajar..nak xnak,kena harungi jugak walaupun pahit..

until now,minggu keempat,sha masih lagi dalam proses menyesuaikan diri ngan keadaan n lecturer..yeahhh!dapat plak lecturer oversea..kompem2 la slang english kite n dia xsame..tu yang wat kite jadi susah nak tangkap ape yang dia sampaikan..especially dalam subjek bisnes..

Introduction to business - Dr.Setiayawan Gunardi (Indonesia)
General Principle of Malaysia Legal System - Dr. Mariam Saidona Tagoranao (Filipina)
Komunikasi Dalam Dakwah Islam - Dr.Musbah Mansour Mousa (Mesir)

paling tension,bile masuk kelas bisnes..kitorang satu kuliah xley paham ape yang lecturer tu cakap..laz2 sekali,kitorang request suh lec tu ajar kitorang dalam bahasa arab..sedangkan sepatotnye subjek tu diajar dalam bahasa inggeris..bile dia ajar dalam arab,barula kitorang paham skit2..better daripada cakap english,tapi kitorang xpaham pape..

minggu first,masuk2 kelas je kitorang da kena critical thinking kaw2 punye..balik tu terus letih sangat2 sebab penat memerah otak memikirkan setiap penyelesaian kepada masalah..untuk sem ni,kitorang akan lebih ditekankan or focus kat critical thinking..lecturer akan sentiase bagi masalah n kitorang kena pikir ngan teliti untuk menyelesaikan masalah tu..mencabar betol rase nye..baru tau,susahnye untuk menjadi seorang peguam ni..huhu

untuk video arab,kitorang da dapat esaimen..kena berlakon lagi..yahooo!!! (=.=')dan sha tentunye memegang waktu sebagai mangsa keadaan..sabau jela..sob3..terasa macam kitorang ni belajar kat Aswara plak..tiap sem kitorang kena wat esaimen bervideo..nak xnak,opkoz la kena berlakon..tapi sejujurnye,sha tabik ngan kawan2 sha..mostly ebat2 dalam lakonan n mengedit video..macam diorang attend kelas editting plak..sedangkan xpernah pun belajar tu sume..mungkin keadaan mendesak,tu yang tibe2 ley jadi pandai.. :p

ape2 pun,sha mengharapkan agar sem 2 ni memberi kenangan terindah dalam idup sha dan Allah permudahkan segala urusan..insyaallah.. :)

Titah Tuan Puteri : belajar kerana Allah taala..bukan kerana nak dapatkan pekerjaan..inna a'malu binniat..(segala perbuatan bermula dengan niat) (^_^)
x_96f4529

tak perlu kata apa2 #7


titah Tuan Puteri : da lame teringin nak ke sini..moga Allah permudahkan urusan untuk menjadi tetamuNya nanti~
x_96f4529

hari pertama perkahwinan

Bismillahirrahmanirrahim..

Percaya atau tidak,ari pertama perkahwinan kite telah memulakan kehidupan baru dengan mengabaikan perintah Allah..

Nape sha kate kan macam ni?rata-ratanye pengantin akan meninggalkan solat terutama sekali solat zohor kerana sibuk menyiapkan diri untuk acara bersanding atau sebagainye..n sha pasti,kebanyakan orang xamik kisah pun pasal hal ni..masing2 lebih sibuk melayan tetamu atau bergambar daripada menghadap diri,menadah tangan kepada yang Maha Esa agar perkahwinan lebih diberkati..

Itu baru solat yang kite pandang ringan..blom masuk dari segi tabarruj(berlebih-lebihan) dari segi pakaian dan solekan..pakaian yang dikenakan sangat ketat dan menampakkan susuk badan..tudung xlagi menutup dada disebabkan mahu menunjukkan sulam-sulaman dan labuci yang menghiasi baju..solekan tebal 5 inchi mengalahkan opera cina gara-gara ingin kelihatan sempurna dan cantik dimata orang len..solat sanggup ditinggalkan disebabkan takot ilang mekap yang penat di’tacap’ berjam2 lamenye..syariat Allah pun telah diketepikan..bulu mata palsu jadi pilihan..sedangkan Rasulullah saw telah bersabda :

Dari Ibnu Umar RA ia berkata, "Nabi SAW mela’nat wanita yang menyambung rambut dan wanita yang minta disambung rambutnya, (dan mela’nat) wanita yang mencacah (mentatto) dan wanita yang minta dicacah (ditatto)". [HR. Bukhari juz 7, hal. 63].

Bagi pengantin lelaki pulak,rantai dikalungkan di leher sebagai penambah seri.Sedangkan islam melarang lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya.

Dari Ibnu ‘Abbas RA, ia berkata, “Rasulullah SAW mela’nat orang laki-lakiyang menyerupai wanita dan para wanita yang menyerupai laki-laki”. [HR. Bukhari]

Suami..
Janganlah kamu menjadi dayus pada hari pertama perkahwinan..sesungguhnye isterimu itu telah menjadi tanggungjawabmu seusai melafazkan akad nikah..maka,tegurilah sekiranye dia berbuat kesilapan..kerana…

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Suami adalah penjaga (pemimpin) terhadap kaum keluarga dan dia dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang di bawah jagaannya, dan isteri adalah penjaga (pemimpin) di dalam rumah tangga suaminya dan anak-anaknya dan dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang yang di bawah tanggungannya.” (Riwayat Bukhari)

Jadi,hiasilah hari pertama perkahwinan dengan benih-benih islamiah..agar benih-benih itu terus subur dibajai dengan teguran ke arah membina istana cinta yang dirahmati Allah..

Selamat menempuh alam baru untuk mereka yang bakal mendirikan rumahtangga..moga redha Allah sentiase mengiringi kalian.. :)

Titah Tuan Puteri : semoga ‘imam’ku nanti mengerti mengapa hari perkahwinan kami biasa2 saja.. ^^


x_96f4529

aktiviti cuti

Bismillahirrahmanirrahim..

perghhh~berhabuk blog..da lame sangat xmenjenguk blog sendiri..nak blogwalking lagi la xde mase..bizi ngan assignment n final exam lagi..memang xmenyempat la nak menjenguk kat sini..nak update pun rase malas sangat..ade je idea tapi nak menaip tu yang memerlukan kerajinan yang tinggi..huhu

sekarang tengah bercuti selama sebulan lebih..tu pun xbercuti sangat..still kena gi u nanti minggu depan n stay kat sane seminggu untuk program bahasa arab..sabau jela..tym cuti ni la segala aktiviti nak diwat..tapi apakan daya..ikut jela..nasib baik seminggu..kalau xde cuti langsung,memang wat demo la kat depan canselori tu..hehe~

bile cuti ni,ari2 kejenye bukak peti sejuk,cari makanan..ade mase je,gi dapur cari makanan..asyik makan je kejenye..yela..kat kampus,kalau bab makan ni,sha berkira skit..(sume bab pun memang berkira..hehe)nak makan sedap2 kena tunggu balik umah..boleh makan berapa banyak pun..tibai duit abah..hek3..plan nye,cuti ni nak menambah ilmu di dada..arap2 la dapat manfaatkan cuti ni dengan sebaik2 nye walaupun mase yang ade cukup singkat..tapi kalau kite pandai manfaatkan mase tu,mesti lebih bermakna kan.. =)
                                            
Titah Tuan Puteri : malas nak balik kampus seminggu..kalau xnak gi,boleh tak?hehe
x_96f4529

selamat menduduki exam 2012!

Bismillahirrahmanirrahim..

Secara rasminya,arini tanggal 01 Januari 2012..maka bermula lah episod baru dalam idup..
ramai manusia menyambutnye dengan gembira..hakikatnya,masih ramai lagi xsedar yang kita semakin menghampiri kematian dan juga kemusnahan dunia..
da bersedia ke kita?da banyak sangat ke amalannya?
moga kita xpernah lupe untuk terus memperbaiki diri dan bermuhasabah mendekatkan diri kepadaNya..

di kesempatan ni jugak,sha nak mengucapkan gud luck kepada kawan2 kat USIM especially..kawan2 kat UITM Shah Alam..dan jugak UM..
gud luck guys!wat yang terbaik..yang penting,belajar kerana Allah..jangan jadi hamba sijil..belajar semata-mata nak mendapat pujian,kerjaya atau ape2 je yang tidak bermatlamat langsung kepada Allah taala..hanya dalam sijil je tertulis cemerlang..hakikatnye dalam diri,kosong tanpa ilmu..

Usaha+berdoa+tawakal=insyaallah kejayaan akan menyusul..

titah Tuan Puteri : kurangkan main,tumpukan pada pelajaran.. (^_^)
x_96f4529

kompleks kah wanita?

Bismillahirrahmanirrahim..
Entry untuk yang da berkawin..yg xkawin lagi pun bley praktiskan bile da kawin nanti..  ^^

Tetibe lak rase rajin nak mengupdate blog..selalunye da berkurun baru nak update..nak blogwalking pun da malas sekarang..asal on9 je,tibe2 cam xde mood nak tengok blog bile memikirkan esaimen yang bertimbun n exam yang makin dekat..grrr~

So,tengah2 blogwalking,tibe2 tercetus idea lepas terbaca kat blog sorang blogger ni..dia cakap tentang masalah kawan dia n boyfriend kawan dia..ntah apasal macam tertarik nak baca..hua3..layan jela~

Masalah kat sini timbul bile mana boyfriend dia tu jenis xlayan dia sangat..ntah ape pasal..sha pun tarak tau..xde plak dia mention pape kan..lagipun,xde la plak sha berminat nak tau..cume yang wat sha terpikir adalah sikap sesetengah lelaki ni..so,sedikit sebanyak sha da tau camne spesies adam ni..bukan ape,sha hidup pun da dikelilingi ngan lelaki..adik-beradik sume lelaki..pastu plak,sedara-mara ramai lelaki..kalau pompuan,bley dibilang ngan jari..sha pun xtau la nape family besar kitorang ramai lelaki..sebab tu,bile kate lelaki ni da makin pupus,sha akan menolak dakwaan tu..sebab sha rase,lelaki zaman sekarang masih lagi ramai..tapi xtau kat mane diorang invisible kan..huk3

Kalau lelaki,selalu je merungut pompuan ni sukar untuk difahami..or bahasa tepatnye terlalu kompleks..susah nak ramal keadaannye..kejap ok..pastu beberapa saat kemudian,mood da terus berubah..sifat sensitivity pompuan ni sangatla tinggi + ade ati yang lembut..so,kalau korang da berkasar skit terus dia akan berjauh ati..pastu,yang adam ni bukan nak pujuk..tapi biarkan je bile yang pompuan ni majuk..diorang pikir,lame2 nanti,ok la tu..mesti dia da xmajuk..senang je kan bagi diorang?percaya atau x,dengan perkataan ‘maaf’ tu sendiri,ati pompuan ni terus cair walau marah camne pun tadi..huhu

Xpon,korang rase pompuan ni sangat la leceh..nak kuar pun,amik mase lebih setengah jam untuk bersiap..yela..korang ley la cakap,korang xpakai tudung..pakai baju pun bley sambil jalan je..xkan yang pompuan pun nak wat camtu kot..sepatotnye anda memahami keadaan perempuan..karang xpakai tudung,korang gak yang tanggung dosa..tapi kalau bab bermekap tu nak lame2,memang patotla yang si laki marah kan..but for me,kalau da tau kite tu siap lambat,korang get ready la awal2..jangan bagi mood orang spoil gara2 kite plak..

Lazly,sediakan la menadah telinga korang untuk mendengar cite atau bebelan dari isteri..bile korang bagi respon untuk setiap benda yang kuar dari mulut dia tu,kompem dia akan rase seronok dan dihargai..senang cite,cube korang letak diri korang dalam situasi dia..bile korang bercerita,dia cume balas “owh”..”mm”..xke sakit ati?punye la penat bercerita,balas nye camtu je..at least,cube dengar dengan teliti n wat2 berminat nak tau walaupun xnak tau.. =.=’

Kalau nak kekal dalam perhubungan,korang kena rajinkan diri search kat internet camne nak pikat suami/isteri..itupun kalau rase,cam xtau camne la nak wat..sekarang ni banyak kot..xpon,kalau susah2 sangat,gi baca artikel pasal camne nak pikat awek/pakwe..bley gak diaplikasikan..bukannye xley..tau nak praktis kat awek/pakwe je..pas kawin,terus xnak amik kisah..

Arap2la entry ni bagi manfaat..walaupun sha xkawin lagi..tapi sha xnak bile sha da jadi peguam syariah nanti,berlambak kes cerai yang nak kena bicara..sedey rasenye tau..huk3(feeling lak tetibe)..niat wat entry ni sebab xmo lagi tengok orang cerai2..kebanyakannye cakap xde persefahaman la..ape la..padahal tym cintan-cintun tu,xde la plak komplen sane-sini..(sigh~)

Bagi seorang wanita, harta yang paling berharga di dalam hidup ini adalah seorang suami yang soleh. Kepadanyalah, seorang isteri akan merasakan kebahagian di dalam hidupnya dan di Akhirat kelak. Keberuntungan yang akan diterima seorang isteri, jika dia menyakini hidupnya, memberikan segala cinta, perhatian, dan kasih sayangnya kepada suami yang soleh. Kerana pada diri si suamilah, seorang isteri akan mendapatkan apa yang didambanya; Ketenangan, keteduhan, kedamaian, perlindungan dan cinta serta sayang.

Titah Tuan Puteri : pening bace kes untuk subjek law ni..sampai terbawak2 buat entry regarding cases.. =.=’

x_96f4529
Daisypath Happy Birthday tickers