HIV test untuk bakal pengantin

Assalamualaikum semuaaaa..

Hampir setahun menghilang,kini muncul semula. Kejap timbul kejap tenggelam ye dok?
Sekarang, alhamdulillah sha dah selamat menjadi isteri kepada seorang lelaki yg penyayang dan bertanggungjawab. Yang penting, orang yang sha dah lama simpan perasaan dari dulu lagi. HEHE

So, sekarang ni sha nak share sikit persiapan2 sebelum korang menjadi raja dan permaisuri sehari. Kompem memang banyak kerja dan meletihkan. Butttt, planning time tu memang kena betul. Kalau tak, korang akan super-duper bizi gilosss.

Firstly, yang paling penting, korang kena gi buat test HIV. Sangat2 penting! HIV test boleh dibuat dekat mana2 negeri melainkan sape yang asal kelantan, wajib buat dekat kelantan ye kawan2. Penduduk negeri-negeri lain tak de masalah nak buat kat tempat lain ye. Macam sha, memang duduk klang, ada klinik kesihatan dekat area opis ni, so buat dekat sini je. Tak yah susah2. Macam husband orang kelantan, nak tak nak dia terpaksa balik kelantan baru boleh buat. Nasibla kan. So mentang-mentang bos sha pergi oversea seminggu + date nak kahwin tu makin dekat, sha ambil peluang ni cepat2 pergi buat. Cakap dengan anak bos nak rehat lambat dan guna time lunch tu pegi buat test HIV. Mintak izin cakap awal-awal takut dia pikir bukan-bukan pulak sha menghilang ke mana kejap. Hehe. Dalam pukul 1.15 petang macam tu, sha cepat2 pecut pergi ke Klinik Kesihatan Bandar Botanik bersebelahan GM klang. Fuhhh..selama ni tak pernah perasan pun kewujudan Klinik Kesihatan ni walaupun duk ulang-alik pegi GM. Nampak sangat jenis tak cakna. =.='

Mula-mula of course pergi kaunter pendaftaran. Cakaplah yang korang ni nak buat test HIV untuk bakal berkahwin. Then, dia akan bagi beberapa borang untuk diisi dan survey sedikit mengenai tahap emosi dan kesihatan. Memang jenuh duk isi banyak kali biodata diri. Siap2 lah bawak pen ye sebab semua klinik kesihatan tak provide pen. Okies. Lupa nak bagitau, sha sampai dekat klinik tu dalam pukul 1.30 petang. Beratur tak panjang mana, dia bagi borang, isi dulu then beratur balik nak ambil no giliran dan serahkan borang2 korang tu tadi.

Dah ambil no giliran, korang kena tunggu lagi. Tunggu nama kena panggil untuk diorang serahkan borang2 tu balik dan bayar lah RM1. Terus pergi ke bahagian makmal dan letak segala borang kat dalam bakul yang dah disediakan. Tak perlu ambil no lagi walaupun dia tulis kena ambil no. Sebabnya korang dah ada no pun. Tunggu lah lagi no korang dipanggil untuk kena cucuk dekat hujung jari. Rasa ngeri jugak bila orang lab tu sedut2 darah korang masuk tiub kecik tu. Nampak lah darah korang pekat ke cair. Hehe. Proses ni takes time about 5 minutes camtu je. Korang kena tunggu lagi sebelum result keluar. Dah keluar result, korang tak boleh balik lagi tau. Kena terus pergi bilik 12 untuk check up kesihatan pulak.

Terus je drop borang tadi tu kat dalam bilik nurse. Diorang dah tau kalau orang masuk mesti nak submit borang atau check up. Then, korang kena tunggu lagi sampai lah no kena panggil untuk pemeriksaan suhu dan tekanan darah. Yang ni nurse je buat. Pastu korang kena tunggu balik untuk berjumpa dengan doktor. Doktor tadi acah2 buat saspen cakap nak tau result tak? Sha cakap dah tau. Then dia inform dekat korang yang HIV test tu negatif. If positive, korang kena pergi kaunseling untuk khidmat nasihat.

Total keseluruhan masa adalah lebih 1 jam. Almost 2 jam jugak complete semua.

P/S : Tak ada apa nak risau..cuma perlu bersiap mental kena tunggu lama jela...



























No comments:

Post a Comment