Part 1 dan Part 2 di Advance Vision

Assalamualaikum readerssss!

Kalau cerita Advance Vision rasanya ramai dah tau pasal klinik ni kan. Memang terkenal dengan 'kemurahan' servis dia untuk sape2 yang berminat untuk buat lasek mata. Macam sha, sebelum ni, sha dah pergi untuk buat Part 1 masa Oktober 2015. Then, dapat tau kena charge bahagian customize yang berharga RM5888 untuk both eyes, terus pikir postpone jelah. Tunggu next year (time tu 2015) ingat nak buat. Tup Tup 2016 sha planning nak kahwin lepas sampai seru dah postpone lagi nak buat lasik.. Cewahhh..

Firstly nak cerita sikit, Advance Vision dah pindah tempat baru yang lebih besar compare to yang lama. dan of course, orang pun bertambah-tambah ramai kalau nak compare yang lama dulu. Then, pakej yang ada kat sini, kalau mata korang memang normal means tak ada masalah dari segi power tinggi (selalunya 600 above), ketebalan tissue kornea dan sebagainya, korang boleh pakej RM 2888 je untuk both eyes sekali dengan ubat-ubatan. Kalau tak, bye2 la korang, kena ambik yang pakej RM 5888 for customize. Selalunya yang kena customize ni memang ada masalah sikit la mata dia. Macam sha, sebelah mata boleh amik yang standard, yang sebelah lagi, kena customize. Huwaaa.. Sayang giler. Tapi nak buat camne. Redha jelaaa. Sha kena customize disebabkan mata kanan power terlalu tinggi 625 dan silau dah mencecah 400. Mata kiri dalam 500 camtu, dan silau pun below 200. Yang ni tak ada masalah.

First time pergi korang, akan melalui 1st part. Time ni dia akan check mata semua, tak silap ada 4 bilik kena masuk dan sekejap2 je. Tak terlalu lama pun. Lupa nak cerita, masa tahun 2015, sha decide nak hold kejap since terkejut bila kena RM 5888 tu. Sha agak2 kena yang RM 2888 tu. So dia punya kecewa tu tak yah cakapla. Then, berazam dalam hati, nak datang next time bila duit dah cukup. Paham2 jela time tu student u, jimat2 pakai duit PTPTN sambil meniaga teddy bear online. Akhirnya, duit tu dah guna untuk kahwin plak. Sekarang, bila dah graduate, rezeki sha terus dapat kerja, struggle kumpul duit gaji bulan2, plus husben bagi sikit2 boleh la menyimpan. Tu yang bila datang Advance Vision semula, semua staf duk tanya kenapa lepas 2 tahun baru datang semula. Sebenarnya time puasa hari tu, sha pergi yang UIA Eye specialist. Bila dipikirkan bajet ulang-alik,stay semua dan kos follow up lepas operation, ditambah lagi dengan ada benda yang jadi kat situ, sha pun decide buat jela dekat Advance Vision. Jimat sikit. Lagipun Advance Vision ada lifetime warranty tau kalau nak compare dekat UIA Eye Specialist. Means kalau beberapa tahun kemudian, mata korang rabun semula, boleh buat datang semula sekiranya mata korang selamat lagi untuk dilasekkan dan juga TANPA sebarang kos.

Tym 1st part ni korang akan dapat di'consult' keadaan mata korang camne, cara lasek tu akan dijalankan camne, dan sekiranya mata korang sesuai untuk dilasekkan, korang akan diberitahu kena pakej yang mana, customize RM 5888 atau standard RM 2888. Sekarang ada teknologi terbaru iaitu TransPRK. Selain Lasik dan Lasek. Ada perbezaan ye. Kalau transPRK, memang cepat je masa kena laser tu. Dalam 1-2 minit sebelah. Compare to Lasek yang memakan masa sebelah mata je 5-6 minit. Kalau lasek masa penyembuhan mata lebih cepat berbanding transPRK. Time Part 2 nanti korang boleh decide nak pakai TransPRK atau Lasek. Mostly consultant akan suggest transPRK sebab less risk. Kalau korang decide nak lasek, mintak2 time dia flap mata korang tu xada masalah. Kalau tak, korang kena 3 bulan lagi untuk proceed dengan Lasik pulak. (nak tau detail beza Lasek, Lasik dan TransPRK boleh google2 ye).

Baru2 ni beberapa hari sebelum raya tu sha cepat2 call Advance Vision nak buat 1st part balik disebabkan 2 tahun last appointment dengan diorang. So takutlah jadi apa2 ke kan. Dapatlah appointment masa Hari raya ke 6 masa hari Jumaat. Time tu sha dengan husben je ada. Receptionist tu kata, doktor xde, that is why tak ada orang n xde surgery time tu. Dalam setengah jam je setel. Terus book for 2nd part appointment which is 2 weeks after that. Then dia cakap, kalau 2nd part xde masalah, sha boleh buat surgery paling cepat 21/7 ni. So, semangat memang berkobar-kobar nak buat cepat sebab bulan 9 sha nak pergi Pulau Tioman dan bulan 10 nak pergi pulau2 dekat Sabah. Tak sabar nak snorkeling!

Part 1 boleh buat appointment hari apa pun 7 hari seminggu, boleh pilih hari apa2 pun. For 2nd part, boleh pilih, hari apa2 selain Jumaat. Sebab Jumaat dikhaskan untuk surgery. Korang dah boleh planning tarikh kalau interested nak buat kat sini.

Untuk 2nd part, sha mintak tarikh hari Sabtu. Time tu memang ramai. Yang baru lepas buat transPRK semalam, datang untuk follow up keesokan harinya. Rasa menyesal mintak appointment hari sabtu. Tapi nak buat camne, hari lain kerja. Lepas bagi ic dekat counter, tunggu nama kena panggil untuk letak ubat dilate. Mula2 kena titis ubat pukul 9 pagi. Lepas nama sha kena panggil. Time kena titis ubat tu pedih skit2, then rasa macam mata kena selaput dengan gam. Kejap je. Tunggu turn lagi, nama kena panggil, dia titis lagi ubat cam eyemo tu, pedih jugak n satu lagi ubat warna kuning. Time kena titis tu memang vision jadi kuning kejap. Pastu ok semula. Lepas titis ubat2 tu memang sha tak pakai spek. Bila pakai je pening sebab rasa power spek tu tinggi. Tunggu lagi sebelum jumpa dengan Dr Yeoh untuk check bebola mata. Yang ni memang cepat je. Dr Yeoh akan check bebola mata kita, suruh pandang keliling sambil suluh mata kita. Dia tengok keadaan bebola mata kita. Sebelum tu dia buat consultation sekejap. Ulang balik apa consultant cakap. Memang laju giler dia cakap sebab dia banyak lagi patient duk tunggu. Time ni nak tanya pape, tanya jela. Sha tak tanya banyak sebab dah cukup jelas time consultation tu tanya dah banyak2 sampai puas hati :P

Lepas keluar dari bilik,kena titis ubat lagi. Then, staf akan tanya tarikh bila nak buat. Sha decide untuk buat paling cepat iaitu 2 minggu selepas tu. Sebab selama 3 minggu mata tak boleh kena air dan tak digalakkan terlalu terdedah dengan cahaya matahari. Lepas tolak tambah pikir2 banyak kali, sha pun decide pilih tarikh 21/7 jumaat untuk proceed surgery. Tym ni consultant akan tanya, sama ada nak buat TransPRK atau Lasik. Sha pun decide untuk buat transPRK sebab less risk walaupun lambat baik berbanding Lasik. So, bayar RM 400 untuk book date. Bagi sesiapa yang memang pemakai contact lens, dinasihatkan dah tau nak buat surgery, xpayahla pakai lagi dah sebab contact lens sometimes contain virus dan akan bagi effect kat mata. At least one week before surgery memang diharamkan penggunaan contact lens. Nanti dia akan bagi 1 kertas untuk sign. Dalam tu ada terma, if nak cancel camne, kalau nak postpone camne. Ada terms berapa hari kena inform diorang kalau xnak deposit burn. Doakan lah segala urusan sha untuk Part 3 berjalan lancar ye. Rasa xsabar nak tengok dunia tanpa ada bantuan lagi. Since dari kecik memang berkaca mata. Hopefully 2nd chance yang Tuhan bagi ni takkan disia-siakan lagi. :)




No comments:

Post a Comment