Bismillahirahmanirrahim..
"kawin 4,sunnah nabi..hek3.."kata seorang pakcik seusia ayah sha..sambil tergelak2..pandai nye dia cakap..bab tu kata la sunnah nabi..sunnah nabi yang len tau x??
meh sini sha nak ajar sunnah nabi yang len plak..
benda ni memang selalu kita wat..kalau xwat,mati lah kita..
iaitu tentang makan dan minum..xtau la kalau ade orang xpernah makan dan minum kan.. T_T
okeyy..korang kate sayang kan nabi s.a.w..jom kita amalkan sunnah nabi s.a.w dalam kehidupan seharian kite..
korang bace x basmallah tym nak makan?
-kadang2 bace,kadang2 x..(xley camtu..kena bace ok?)
بسم الله وكل بيمينك
"sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kanan"
hadis ni menyebut supaya tiap kali kite hendak memulakan suapan makanan,hendaklah bermula dengan basmallah dan menggunakan tangan KANAN..
*Hadis sahih Al-bukhari (fathul baari) dan Muslim(2022)
tengok tu..hadis ni mengatakan makan PAKAI tangan kanan..BUKAN kiri..
tapi nape bile makan kat hotel,konon2 makan lamb steak la..chicken chop la..sedar xsedar,kita letak pisau di tangan kanan dan garpu di tangan kiri..
memanglah nak potong guna tangan kanan,kalau kiri xreti plak..ape kata pas potong tu,tym nak suapkan makanan kat mulut,kite tukar tangan kanan plak..
xde alasan kan? (^_^)
-eh..camne plak tengah syok2 makan tu,tibe2 baru teringat xbace doa lagi..
^bace lah doa ni ye..
بسم الله أوله وأخره
"Dengan menyebut nama Allah pada permulaan dan akhir makan"
dan ketika ini,syaitan akan memuntahkan kembali makanan yang telah dimakan sekiranye kita membaca doa ni..
kalau lah kite lapar sangat pun,cukuplah dengan membaca Bismillah..then,makan lah supaya makanan tersebut diberkati oleh Allah taala..
mungkin yang ni korang agak terkejut skit..(tapi rase2 nye banyak kot..)doa ni kite selalu amalkan daripada kecik sampailah tua bangka..
اللهم بارك لنا فيما رزقتنا وقنا عذاب النار,بسم الله
"ya Allah,limpahkan lah berkah kepada kami atas kurnia yang telah Engkau anugerahkan kepada kami dan lindungilah kami dari api neraka.Dengan menyebut nama Allah."
Hadis ni hadis DHAIF!
*diriwayatkan Ibnu As-sunni dalam kitab 'Amal al-yaum wa al-Lailah(459) telah berkata hadis ni dhaif.
-tayyib..wa ba'da zalik,ape doa yang dianjurkan sesudah makan?
Kami meriwayatkan di dalam kitab Sunan Abi Daud,Tarmidzi, dan Ibnu Majah,dari Muadz Bin Anas r.a,dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "barangsiapa memakan makanan lalu mengucapkan :
الحمد لله الذي أطعمني هذا ورزقنيه من غير حول مني ولا قوة
"segala puji bagi Allah yang telah memberiku makanan ini dan telah menjadikannya sebagai rezeki bagiku tanpa daya dan kekuatan dariku"*Tarmidzi mengatakan hadis ini Hadis HASAN.
Kami meriwayatkan di dalam kitab Sunan an-Nasa'i dan kitab Ibnu As-sunni dengan sanad hasan dari Abdurrahman bin Jubair,seorang tabi'in,dia pernah diberitahu oleh seseorang yang pernah mengabdi kepada Nabi s.a.w selama 8 tahun bahawasanye dia mendengar Nabi s.a.w jika diberikan makanan kepadanya,baginda mengucapkan "Bismillah"
jika selesai dari makan,baginda mengucapkan :
اللهم أطعمت وسقيت وأغنيت وأقنيت وهديث وأحسنت فلك الحمد على ما أعطيت
"Ya Allah,Engkau telah berikan makan dan minum,kecukupan dan keberuntungan,serta petunjuk dan kebaikan.Kerananya,segala puji hanya milik-Mu atas segala yang telah Engkau berikan"
Hadis SAHIH.
*diriwayatkan Ahmad (4/62 dan 5/375),Ibnu As-sunni di dalam kitab 'Amal al-yaum wa al-Lailah(467),Abu asy-Syaikh(Akhlaq an-nabi s.a.w,238)
izan,kalau malas jugak nak bace doa panjang2 ni,cukuplah sekadar mengucapkan Alhamdulillah..
tapi kalau bley,hafaz lah doa2 ni..xsusah pun..kalau lagu bley hafaz,nape doa xley plak??
sebenarnye banyak lagi hadis2 bagi setiap bab dengan lebih terperinci..cukuplah asasnye kita mengetahui bagaimana cara sebenarnye yang Rasulullah s.a.w amalkan..
kalau ade mase lagi,sha akan sambung lagi ok?wallahualam..
semoga kita sama2 mengamalkan sunnah.. =)
*sumber keseluruhan-Kitab Al-Adzkar,Imam an-nawawi.tahqiq-Syaikh Salim bin 'Ied al-Hilali
p/s cik yam : jangan lupe bca bismillah ye kawan2! |
No comments:
Post a Comment