jerawat oh jerawat



skrg ni mcm2 produk kecantikan mle dikomersialkan..ade jnama olay la..simply siti la.. ape2 jela..huhu..tpi tau x korg kalu mke kita xsesuai mne2 produk ia akn membahayakan kulit kte?mengelupas..merah2..ade yg makin byk lak jerawat..bkn kurgkan..kalu elok,xpela..nmpk cantik je kan..org zmn skrg ni,bkn pmpuan je nk nmpk cntik..laki pn cbok gak nk 'cantik' kan mke diorg..huhu..ape2 pn,korg kna make sure la bnda yg korg nk pakai tu halal..sha pye mke bley la di katakan xbyk la jerawat..kalu tumbuh pn,juz kat dahi n dagu..pipi xpnh tumbuh..mybe disbbkan terlalu tembam,jerawat pn tkot nk tumbuh..wawawa~
kt cni sha nk kongsikan skit tips2 utk ilangkan parut jerawat..so,korg xyah membazir duit beli2 produk yg de bhn chemical tu smata2 nk ilangkan parut..meh kte try yg tradisional plak..bnda2 ni pn xssh nk cri..kat dpur umah korg pn de..xpn,blakang umah..haih~


Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.

Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.

Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.



selamat cuba-cuba.. ^O^



No comments:

Post a Comment