tak perlu kata apa2 #1

Bismillahirahmanirrahim..
pesanan penaja : (^_^)v
x_96f4529

making tempoyak

Bismillahirahmanirrahim..

lepas hantar barang kat customer tadi,sha pun memecut keta balik ke umah..
tengok jam da kul 4 petang..xmasak lagi!
ni pun nasib baik adam xde..
kalau x,susah gak sha nak kuar umah..nak tolong mama masak lagi..
memang letih jaga si kecik tu..xreti duk diam..
rase nak ikat je kat tiang umah.. ='(

arini sha nak ajar korang cara wat tempoyak plak..
sha mule2 ingatkan wat tempoyak ni susah tau..
tapi rupe2 nye xde la susah mane pun..hehe(ayat orang jarang masuk dapur)
disebabkan sha da lame mengidam nak makan tempoyak..
pastu ngan musim buah sekarang ni,sha memang buat banyak la..
lagipun kat umah ni,sha ngan mama je makan..
abah orang jawa xmakan sangat..n adik-beradik sha yang len memang xske makan..
tengok pun xnak..huhu
diorang ske makan tempe je..tapi sha plak xske..hehe
citarasa orang sume len2 kan.. =)

BAHAN-BAHAN
-durian(semestinye)
-cili api
-gula 
-garam

mule2 sekali,korang asingkan isi durian tu ngan bijik nye..karang xpasal2 tercekik makan bijik plak..lagipun tempoyak memang orang amik isi je..xtau la kalau korang nak wat kelainan letak bijik sekali..huhu..then,cili api tu tumbuk sampai lumat..agak2 la berapa banyak pun..terpulang kepada selera kepedasan masing2..hehe
da lumat cili api,gaulkan dengan isi durian tadi..letak sedikit garam n gula..tapi selalunye,sha xletak gula..sebab durian da memang manis pun..akhirnye,siap!
senang je kan?xde pun susah2..ni resepi simple jela..sha bukan pandai sangat bab memasak ni..bagitau ape yang tau je.. (T_T)

so,bley la bulan pose ni berulamkan tempoyak ari2..
jangan sampai jemu dahla..
xpun parenz korang pandang pelik je sebab satu bulan menu tempoyak je..
HAHA

*sori..xde gambar..saje xnak letak sebab takot korang terliur..abis basah keyboard plak nanti..HAHA

pesanan penaja : chef xbertauliah~ (^_^)
x_96f4529

hadis sahih tentang bulan ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..
mule2 sha ingatkan nak explain serba-sedikit tentang jenis2 hadis..tapi disebabkan buku rujukan sha tu xditemui lagi,jadi sha terpaksa menangguhkan jap tajuk tu..
arini 1st ramadhan kite berpose kan..
arap2 kite bukan hanya menahan lapar dan dahaga,tapi kite kurangkan buat aktiviti lagha(xelok) dan ditambah dengan ibadah2 sunnah yang digalakkan..

Daripada Abu Said al-Khudri ra berkata, bersabda Rasulullah saw: “Tidak ada seorang hamba yang berpuasa sehari dijalan Allah kecuali Allah akan menjauhkannya dengan api neraka sejarak tujuh puluh tahun perjalanan”. (Hadith sahih riwayat al-Bukhari (6/35), Muslim (1153).

 Daripada Uthman bin Abi al-‘As, telah bersabda Rasulullah saw: “Puasa itu perisai, yang akan melindungi seseorang hamba daripada api neraka”. (Hadith sahih riwayat Ahmad (4/22).

 Daripada Abu Umamah ra berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah saw: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengannya. Maka Rasulullah saw bersabda: “Hendaklah kamu berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya”.(Hadith riwayat al-Nasai’ (4/165), Ibn Hibban dan al-Hakim (1/421) dan sanadnya adalah sahih).

sabda Rasulullah saw di dalam hadith sahih yang bermaksud: “Apabila datangnya Ramadhan akan dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka, dan dibelenggu syaitan-syaitan”. (Hadith riwayat al-Bukhari (4/97), Muslim (1079).

semoga matlamat ketaqwaan daripada ibadah bulan ramadhan ini dapat diperolehi dan sebagai bekalan untuk menempuhi kehidupan di akhirat kelak..
Sesungguhnya ibadah puasa telah dijanjikan pelbagai kelebihan dan fadhilat bagi sesiapa yang menunaikannya. Cukuplah beberapa hadith ini sebagai pemangkin dan peniup semangat untuk kita..
jangan cemari kemuliaan bulan ramadhan dengan hadis2 palsu ye,kawan2.. =)

Firman Allah swt yang bermaksud: ((Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan daripada petunjuk dan perbezaan (antara yang haq dan batil)). (al-Baqarah: 185)

pesanan penaja : pose jangan xpose tau.. (^_^)

x_96f4529
Daisypath Happy Birthday tickers